ZAR4U. Powered by Blogger.
RSS

Sambung Rambut


      Untuk post kali ini saya nak share tentang sambung rambut. Pernah tak anda lihat terutamanya artis kita yang sekejap rambutnya pendek tapi bulan depan dah panjang semula. Zaman sekarang terdapat pelbagai teknik-teknik yang canggih direka untuk memberi kepuasan kepada pengguna terutama dalam dunia kecantikan. Ramai juga artis mahupun orang biasa sudah mula untuk mencuba teknik peyambungan rambut ini. Biasalah manusia cepat bosan. Bila sudah bosan dengan fashion rambut yang lama mulalah beralih ke fashion yang baru.

     Sebenarnya teknik penyambungan rambut ini bukan sahaja untuk kaum wanita malah ada juga segelintir kaum lelaki mula mencuba teknik ini. Kerana selain untuk kecantikan, proses peyambungan rambut ini juga boleh mengatasi pelbagai masalah rambut yang juga dihadapi oleh kaum lelaki antaranya masalah seperti rambut yang nipis dan botak di bahagian tertentu. Teknik ini mampu menambah rambut serta menutupi bahagian yang botak.

     Proses penyambungan rambut ini memakan masa selama 2 hingga empat jam dan proses ini mampu menebalkan rambut serta menambah volume rambut. Terdapat dua  jenis sambungan rambut iaitu rambut asli dan juga rambut sintetik. Tetapi terdapat perbezaan pada kedua-dua jenis rambut ini. Perbezaan jenis rambut yang digunakan adalah dari segi kualitinya. Rambut asli lebih natural, berkilau serta hidup berbanding rambut sintetik. Walaubagaimanapun rambut asli harganya lebih mahal berbanding rambut sintetik kerana rambut ini berkualiti serta mudah diuruskan.

      Sebelum proses penyambungan rambut dilakukan, kulit kepala serta rambut seseorang itu perlu di periksa dahulu kerana bagi mengelakkan dari masalah yang mungkin timbul. Jika anda memiliki masalah rambut gugur dan kelemumur, anda dinasihatkan supaya mengatasi masalah tersebut dahulu kerana proses penyambungan rambut hanya boleh dilakukan pada kulit kepala  yang sihat serta akar rambut yang kuat bagi tujuan ketahanan rambut yang bakal disambung.

      Namun terdapat pelbagai teknik dalam membuat proses penyambungan rambut antaranya:

  • Teknik gam di mana hujung rambut yang hendak disambung akan diletakan sedikit gam yang dileburkan menggunakan mesin khas. Selepas itu ia dicantumkan dengan helaian rambut di kepala. Cara ini lebih murah dan cepat tetapi kesannya rambut mudah tercabut
  • Teknik ring pula lebih terkenal kerana tidak merosakkan malah lebih tahan lama. Helaian rambut diambil sedikit menggunakan cangkuk khas dan ring akan dimasukkan ke dalam rambut pelanggan. Selepas itu rambut sambung akan dimasukkan ke dalam ring tersebut dan diketip
  • Teknik klip  rambut akan dijahit secara memanjang pada klip dan selepas itu klip akan dijahit di bahagian atas rambut sambung. Cara ini lebih ringkas dan pelanggan boleh memakai rambut sambung jika perlu


Cuba korang usha video bawah ni untuk tahu bagaimana proses tersebut dilakukan. Tapi video di bawah ini menggunakan teknik gam.



     
Read more

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muka Tembam?



     Hi semua...Untuk post kali ni saya nak share sikit info tentang masalah yang paling rumit jugalah bagi saya sebab saya juga mengalami masalah yang sama. Masalah yang saya maksudkan adalah masalah muka yang tembam, bulat, atau juga boleh dikatakan sembab. Sebenarnya jika anda mempunyai masalah berat badan, itu tidaklah menghairankan jika anda memiliki raut wajah yang bulat, tembam atau sebagainya. Tetapi agak tidak adil jika anda memiliki susuk tubuh yang agak normal tetapi anda memiliki raut wajah yang agak bulat atau tembam.

     Sebenarnya bagi mereka yang memiliki berat badan yang normal tetapi masih lagi memiliki wajah yang tembam, mereka sebenarnya mengalami suatu masalah iaitu kesembaban atau bengkak pada wajah dan bukanya tembam. Boleh dibezakan dari pemerhatian. Biasanya muka yang  tembam memiliki permukaan kulit yang agak rata dan tegang manakala muka yang sembab pula memiliki permukaan wajah yang tidak rata serta kelihatan agak membengkak. Jadi anda jangan keliru jika anda memiliki tubuh yang kecil tetapi muka anda tetap tembam kerana hal ini adalah disebabkan kesembaban yang berlaku.

     Bagaiman pula hal ini terjadi? "Face is an indicator of health" Sebarang tanda-tanda yang melibatkan kesihatan ada akan anda dapati dari raut wajah anda. Jika anda memiliki masalah seperti ini mungkin terdapat sesuatu masalah pada tahap kesihatan anda. Memandangkan saya juga memiliki masalah yang sama, jadi saya pun puas buat research tentang masalah ini. Dari forum hinggakan ke soal jawab dengan doktor secara online. Jadi di sini saya sharekan dengan anda semua antara penyebab berlakunya masalah ini:

  • Dehydration
  • Obesiti
  • Pengambilan makanan yang berlemak tinggi
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Kurang Vitamin C
  • Mengalami penyakit ginjal


         Semua yang disenaraikan adalah punca-punca yang boleh meyebabkan kesembaban pada wajah. Jika anda tidak obesiti, mungkin anda mengalami masalah lain seperti dehyration atau mengalami gangguan pada ginjal. Sebaiknya anda rujuk pada pakar untuk tindakan yang bijak. Mungkin ramai yang cuba untuk diet dengan menahan makan dan sebagainya tetapi hasilnya menghampakan kerana anda mungkin mengalami peyusutan badan tetapi bukan pada muka anda. Jadi solusi yang lebih baik cuba anda lakukan beberapa langkah yang saya sertakan ini yang mungkin membantu anda mendapatkan wajah yang diimpikan:

    • Kurangkan pengambilan garam dan alkohol kerana dua perkara ini akan membuatkan tubuh anda menahan air di dalam badan yang sepatutnya anda keluarkan. Selain itu, wajah juga merupakan kawasan yang cenderung mengalami "water retention" yang membuatkan wajah kelihatan bengkak. Malah pengambilan kedua-dua bahan ini boleh mengeringkan kulit serta mencegah pembakaran lemak.
    • Perbanyakan minum air. Kita seringkali dinasihatkan meminum 8 gelas air sehari. Kerana kekurangan air dalam badan akan membuatkan tubuh kita mengalami gangguan dan antaranya wajah menjadi bengkak. Sebaiknya air yang diminum adalah air kosong yang tak mempunyai perisa
    • Lakukan senaman wajah. Percaya atau tidak, senaman wajah banyak membantu dalam mendapatkan wajah yang langsing bahkan lebih tegang sehinggakan di negara barat telah menerbitkan program senaman muka secara online dan berbayar. Tetapi untuk jimatkan kos, anda boleh cari di youtube dan sebagainya.



    • Elakan dari STRESS!! kerana tekanan adalah salah satu dari puncanya dan bukan sahaja bengkak malah jerawat dan sebagainya juga mungkin terjadi. Jika anda tenang dan ceria, anda akan mewujudkan hormon endorphin di mana hormon ini adalah sangat berguna dan membuat wajah sentiasa muda.


           Diharap informasi ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mengatasi masalah anda. Memang puas juga nak cari jawapan untuk masalah ini sebab ramai sangat yang mengeluh di forum-forum tentang masalah ni.

         
      Read more

      • Digg
      • Del.icio.us
      • StumbleUpon
      • Reddit
      • RSS