ZAR4U. Powered by Blogger.
RSS

Sambung Rambut


      Untuk post kali ini saya nak share tentang sambung rambut. Pernah tak anda lihat terutamanya artis kita yang sekejap rambutnya pendek tapi bulan depan dah panjang semula. Zaman sekarang terdapat pelbagai teknik-teknik yang canggih direka untuk memberi kepuasan kepada pengguna terutama dalam dunia kecantikan. Ramai juga artis mahupun orang biasa sudah mula untuk mencuba teknik peyambungan rambut ini. Biasalah manusia cepat bosan. Bila sudah bosan dengan fashion rambut yang lama mulalah beralih ke fashion yang baru.

     Sebenarnya teknik penyambungan rambut ini bukan sahaja untuk kaum wanita malah ada juga segelintir kaum lelaki mula mencuba teknik ini. Kerana selain untuk kecantikan, proses peyambungan rambut ini juga boleh mengatasi pelbagai masalah rambut yang juga dihadapi oleh kaum lelaki antaranya masalah seperti rambut yang nipis dan botak di bahagian tertentu. Teknik ini mampu menambah rambut serta menutupi bahagian yang botak.

     Proses penyambungan rambut ini memakan masa selama 2 hingga empat jam dan proses ini mampu menebalkan rambut serta menambah volume rambut. Terdapat dua  jenis sambungan rambut iaitu rambut asli dan juga rambut sintetik. Tetapi terdapat perbezaan pada kedua-dua jenis rambut ini. Perbezaan jenis rambut yang digunakan adalah dari segi kualitinya. Rambut asli lebih natural, berkilau serta hidup berbanding rambut sintetik. Walaubagaimanapun rambut asli harganya lebih mahal berbanding rambut sintetik kerana rambut ini berkualiti serta mudah diuruskan.

      Sebelum proses penyambungan rambut dilakukan, kulit kepala serta rambut seseorang itu perlu di periksa dahulu kerana bagi mengelakkan dari masalah yang mungkin timbul. Jika anda memiliki masalah rambut gugur dan kelemumur, anda dinasihatkan supaya mengatasi masalah tersebut dahulu kerana proses penyambungan rambut hanya boleh dilakukan pada kulit kepala  yang sihat serta akar rambut yang kuat bagi tujuan ketahanan rambut yang bakal disambung.

      Namun terdapat pelbagai teknik dalam membuat proses penyambungan rambut antaranya:

  • Teknik gam di mana hujung rambut yang hendak disambung akan diletakan sedikit gam yang dileburkan menggunakan mesin khas. Selepas itu ia dicantumkan dengan helaian rambut di kepala. Cara ini lebih murah dan cepat tetapi kesannya rambut mudah tercabut
  • Teknik ring pula lebih terkenal kerana tidak merosakkan malah lebih tahan lama. Helaian rambut diambil sedikit menggunakan cangkuk khas dan ring akan dimasukkan ke dalam rambut pelanggan. Selepas itu rambut sambung akan dimasukkan ke dalam ring tersebut dan diketip
  • Teknik klip  rambut akan dijahit secara memanjang pada klip dan selepas itu klip akan dijahit di bahagian atas rambut sambung. Cara ini lebih ringkas dan pelanggan boleh memakai rambut sambung jika perlu


Cuba korang usha video bawah ni untuk tahu bagaimana proses tersebut dilakukan. Tapi video di bawah ini menggunakan teknik gam.



     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Azza Azman said...

la...patut la kan? tp artis malaysia byk pakai wig, hasilnya xcantik langsung

ZAR4U said...

YUP! sudah tentu...Jika di salon yang Professional, mereka akan mengenakan hair extension yg sesuai dengan warna rambut dan gaya rambut..harga juga bergantung pada kualiti yang diinginkan.

Shafiqah Mohd Samsuri said...

Nak tanya, kalau sambung yg kekal tu, boleh tahan berapa lama?

Wawa said...

Sambung rambut ni kekal atau dlm tempoh2 tertentu aje.

Unknown said...

Salam

Saya ada produk mengatasi keguguran rambut yang terbaik kerana

1. Produk keluaran tempatan berasaskan herba (tanpa bau herba)
2. Diiktiraf HALAL dan duanugerahkan sijil Good Manufacturing Product (GMP)
3. Mempunyai pusat rawatan sendiri di Puchong Utama (sebarang masalah boleh merujuk terus dengan kami)
4. Harga rawatan dan produk yang sangat munasabah (bawah RM1000 untuk keseluruhan 10 sesi)
5. Kami hantar terus ke rumah anda (pos)
6. Testimonial pengguna yang berjaya
7. Hadiah misteri (sila nyatakan anda mendapat info ini dari blog ini)

Fifee
0177020178
whatsapp 0167450303

Unknown said...

harga sambung rambut berapa

Unknown said...

Asallam saye. Tengah cari rambut sambung ni . Disini ade jual kan ??
Pliss replay sisst Thankq

Unknown said...

Mne nk cari gam rambut yg stick tu erk

Unknown said...

Hiii

Unknown said...

Hai nk tnya nk sambung rambut harga berapa

Post a Comment