ZAR4U. Powered by Blogger.
RSS

Share it

LAMI....Kurus @ Membunuh?

     Hye, erm walaupun follower masih tak ramai, visitor pun entah ada ke tidak, tapi saya masih juga nak kongsi info-info...Dalam post kali ni saya nak kongsikan dengan anda suatu info tentang ubat kurus dari Indonesia iaitu dikenali dengan nama LAMI/LASMI...Mungkin korang pernah dengar kot dan pernah baca di mana-mana ruangan forum tentang produk ini. Yang paling mengejutkan produk ni ada R.A.C.U.N!!

Inilah gambar ubat Beracun!! yang dimaksudkan:



     Pernah keluar dalam akhbar tentang artis yang ketagih ubat kurus ni di harian METRO...Memang tak dinafikan walaupun kesannya BURUK dan perit serta merbahayakan, tapi hasilnya sangat memuaskan hati kerana pengambilan produk ini boleh menurunkan berat badan dengan PANTAS!!


     Ubat ini berasal dari Indonesia dan dikenali sebagi jamu. Bahan-bahan yang digunaka memang semuanya berasaskan jamu tetapi kenapa saya kata produk ini beracun?? Sebab dalam produk ini mengandungi sejenis kandungan yang dipanggil SIBUTRAMINE (Istilah racun berjadual) di mana pengguna hanya dibenarkan mengambilnya atas nasihat Doktor dan tujuan tertentu sahaja...Racun berjadual juga terdapat dalam ubatan seperti Duromine yang mengandungi

  • Phentermine
  • Adipex (Phentermine)
  • Reductil (Sibutramine)
  • Ionamin (Phentermine)

     Semua ubatan di atas diberikan kepada pesakit obes yang melampau atas nasihat Doktor..Kalau tak silap saya..maklumla ambil course Multimedia =)


     Kesan sampingan ubat ini memang boleh dirasai dipenggunaan pertama atau kedua. Semua yang mengambil ubat ini akan WAJIB mengalaminya. Di sini saya nyatakan kesan-kesan yang saya SENDIRI alami..Antaranya seperti

  • Degupan jantung bertambah pantas
  • Tekak berasa haus yang melampau
  • Berpeluh yang melampau
  • Pening serta mual-mual
  • Hilang selera makan
  • Kemurungan yang melampau
  • Mudah berasa marah 
  • Tiada tenaga
  • Mengalami halusinasi (risiko menjadi gila)

     Semua yang saya senaraikan di atas adalah kesan-kesan yang saya sendiri alami semata-mata untuk kurus. Memang tak dinafikan berat badan akan cepat susut selepas pengambilan selama seminggu. Saya mula mengambil ubat ini pada tahun 2009 iaitu selepas tamat SPM. Ketika itu berat badan mencecah sehingga 73KG dengan ketinggian 162CM sememangnya tidak seimbang. Setelah beberapa bulan mencuba ubat kurus tersebut berat saya turun sehingga menjadi 55KG!!!! dengan pengambilan yang tidak menentu.. Bila rasa berat turun stop, bila rasa naik semula makan balik.

     Sehingga sekarang saya tetap rasa nak ambil semula pil tersebut walaupun tahu akan keburukan yang bakal saya hadapi. Tetapi saya sedang cuba untuk tidak ketagih dengan ubat yang boleh membunuh diri saya sendiri. Sebab itulah saya sengaja menulis artikel tentang keburukan ubat ini untuk mengingatkan diri saya sendiri serta pengguna di luar sana akan keburukan produk ini. Saya yakin terdapat banyak blog-blog yang telah membincangkan hal yang sama.

     Kakak saya juga sama seperti saya. Dalam keluarga saya, kakak sayalah yang mula mengambil ubat ini. Setelah kagum melihat hasilnya saya juga turut mencubanya kerana hasilnya begitu cepat dan berkesan. Apa yang membimbangkan saya kami masih ingin mencubanya setiap kali berat bertambah kerana yakin dengan hasilnya serta MURAH... Walaubagaimana pun saya sedang usaha untuk menghentikanya tetapi kakak saya pula tetap dengan produk ini. Jadi kepada anda yang belum mencuba saya nasihatkan anda JANGAN sesekali mencubanya. Jika anda sedang mencubanya lebih baik hentikan kerana nyawa anda lebih mahal. Jangan kerana ingin ubat yang murah anda hilang nyawa anda yang tak ternilai harganya.

     Jika anda pernah mengambil produk ini, apa kata anda kongsikan bersama pengalaman anda. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 comments:

DrCoOL said...

Memandu dengan laju pun akan meninggikan risiko untuk mendapat kemalangan, begitu juga ubat-ubatan. Kalau menunjukan kesan yg pantas pasti ada bahan yg menggalak supaya ubat itu menjadi pantas. Pastinya bahan yang amat bahaya utk jangkamasa panjang.

Kenapa homeopathy mendapat tempat di hati org ramai? kerana ubat2 homeopathy berkesan tapi agak slow dan tidak ada kesan sampingan atau ketagih. Fikir2kanlah kenapa perlu membahayakan diri kalau ada pilihan untuk selamat?

ZAR4U said...

SETUJU. nyawa lebih berharga...lebih baik kurus secara sihat...kerana cantik bukan hanya terletak pada potongan tubuh sahaja malah definisi cantik adalah sangat luas...terpulang kepada anda untuk menilainya...

Julaiza said...

salam.hai,ni saya pun ada nak share ttg ubat lami ni.sbnrnya saya pun dah pernah ambil.mmg betul penurunan berat bdn yg ketara.sgtlah memuaskan.

cuma ada beza kat kesan sampingan tu.jantung mmg kencang,pening dan mual,haus dan takde selera langsung...

tapi....takde pulak keletihan dan halusinasi dan kemurungan tu...

dulu saya bekerja sbg staff nurse...so saya alert sikit cara pengambilan ubat ni...saya tahu lasmi tu mmg bahaya,tapi disebabkan saya ni jenis yg cepat naik berat bdn plus plus...dan mmg kategori obes waktu tu.

bayangkan berat 76 dgn tinggi 152cm.So terpaksalah saya beranikan diri..

cara ambilnya....ikut disarankan dalam peket 3 kali sehari sblm makan.mmg takde selera langsung,tapi saya ttp paksa makan dlm kuantiti sikit dan lebihkan serat.

air kosong saya ambil dgn byknya setiap hari...lebih dari 4 liter.
saya selalu bersenam meskipun cuma mengemas rumah...

saya akan buat aktiviti waktu siang supaya waktu mlm saya letih dan tidur...so takdelah mslh susah tidur sbb dah letih sgt.

saya tahyu lami mmg bahaya,..tapi saya slalu berdoa agar takde kesan pada saya dgn cara pengambilan saya ni...

satu lg saya slalu cek tekanan darah di rumah utk pastikan tknn darah stabil...alhamdulillah,masa tu saya rasa sihat sbb dah kurus dan tenaga maintain jer,tak mcm waktu gemuk nak bergerak pun malas...

alhamdulillah ....syukurlah saya takde rasa ketagih langsung.dah 2 tahun berhenti makan....

sekarang ni bdn dah mula naik sbb saya tak control sgt,dan bdn ni mmg jenis cepat naik....

sekarang ni saya tgh berkira-kira utk mengambilnya semula....dalam dilema....

ZAR4U said...

JULAIZA : memang..kesan berbeza bagi setiap individu... tapi awak dalam delima sama ada nak mencubanya atau tidak selepas berat awak naik kan. itu yg saya maksudkan ketagihan. sebab kita dah tahu produk yg boleh turunkan berat kita dgn cepat dan yg paling penting MURAH tapi BAHAYA???

nur yasmin said...

waahhh takutnyaaa.. saya pon amek jugak.. mmg berkesan gila kot. and ada rasa macam high bila amek ubat tu. and rasa haus gila. ada x ubat pelangsingan yg betul2 berkesan and tak memudaratkan?? mcm guna fiber ke?? or ubat pelangsingan yg serbuk buat air tu elok x?

Kingshealty said...

ish..ish...jgn la bahayakan diri sendiri semata2 nak kurus..sebaiknya sebelum mengambil apa2 ubat kaji selidik dulu bahan dan kandungannya samada bahaya ataupun tak..sebenarnya saya pun salah seorang daripada kawan2 semua yang suka mencuba produk2 untuk kurus ni..tapi sebelum makan saya akan kaji dulu bahan2nya...baru2 ni saya ada mencuba satu produk..seperti produk2 yang lain jugak..sebelum saya ambil saya mmg kaji dulu asal usul produk tersebut...alhamdulillah ianya amat berkesan dan selamat..bahan2 yang digunakan pun selamat tiada kesan sampingan..saya refer buku2 mengenai bahan2 dan kandungan2 yang terdapat dalam produk ni..produk ini bukannya ubat tapi supplement...saya sangat berpuas hati kerana dalam masa sebulan saya hilang 5kg..saya rasa lebih bertenaga...kepada sesiapa yang berminat untuk mencubanya dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut boleh hubungi saya...alhamdulillah ramai kawan2 saya telah mencubanya...dan alhamdulillah komen yang saya dapat dari mereka semuanya positif...yang PALING penting produk ini tidak membahayakan kesihatan...JANGAN sia2kan nyawa yang dikurniakan oleh ALLAH pada kita..nyawa tu adalah amanah dari TUHAN untuk kita pelihara sebaik mungkin...pada sesiapa yang berminat sila hubungi Ad-azhar 0126992192

Y..U..K...I...K..O san said...

saya juga pernah mencuba ubat ni..kawan saya bagi cuba dua biji..lepas makan ubat ni saya rasa pening2 n mual2..penglihatan pun terasa kabur..kesannya hampir seminggu baru hilang..itu baru 2biji bayangkan kalau sebotol...kiok terus rasanya

Nik Aina Syamimi Nik Harun said...

hehe..sy dah join blog2 sblum ni yang post pasal lami..erm..sy berat 75kg awal tahun 2011..sy ambil ubat ni bln disember 2011..then dlm lbih kurang 2 botol..tnpa exercise dan minum air.sy turun 65kg pd bln march 2012..then sy stop.. hujung april sy mkn lagi..mnum air mask banyak..2 minggu, berat sy menjadi 58kg.. giler kan..hahaha.. sy stop makan..then september 2012, rse nak makan balik..saja buat survey kt internet, baru la tau,menatang ape rupanya..haha..tapi kakak ipar sy still makan..body dia lawa..makan sebijik sehari je..x sempat kot nak jadi gila tu.hahaha..skg ni badan saya dah naik 60++kg balik..hahaha ;D stresss!

Siti Fariza said...

salam..saya pun ambil juga produk lami nie..mungkin utk hr nie saya rasa dah lbh 3 thn..sy pernah juga berhenti makan lami..tp berat badan saya naik berlipat ganda. saya ambil lami dlm kuantiti sebiji sehari dan makan pada waktu malam sahaja. alhmddlh, skrng berat badan sy seimbang dgn tinggi. sy bukan nk kurus sgt,cuma xnak termasuk dlm lingkungan obes. mmng makan lami nie mmerlukan kita minum air dgn byk supaya ubat lami nie boleh larut dgn cepat dan mnhindarkan drpd lami nie terperangkap dlm badan terlalu lama. saya juga dalam dilema nak behenti atau tidak dr makan lami nie...saya xnk gemuk.. lbh2 lg saya nak kawin hujung tahun nie...aahhhh..tolong...

Ashila Ash said...

As salam..sye pn prnah mkn ubat ni..mmg gile2 berkesan...sehari mkn 4 biji..2 pgi,2 ptg..dlm mse 2hari trun 3kg..xsmpai sbuln,berat sye dri 65kg jdi 48kg..mmg puas aty..tpi kne byk2 kn mnum air susu..sb tkak mmg dhaga gile2.tpi slpas dpt brat yg sye nk..sye pn brnti mkn ubat ni...xde ketagih @ berat naik mnddak..ok jek...cume ksan smpingan kt ats tu mmg smue trase...tpi klau pnyebab halusinasi tu..emmm...sye xde plk trase mcm tu..skrg ni xtau lgi blh dpt ubat ni kt mne..

zyqa said...

Salam..bahayanya tgk kesan pengambilan ubat ni...even amik masa singkat tapi sgt2 laa bahaya...baru2 ni berat badan sy naik mendadak hingga mencecah 86 kg dan rasa keyakinan diri tu kurang..dalam tempoh beberapa bulan sy mencari alternatif untuk kurangkan berat walaupun sikit jadik lah asalkan nampak hasil...cuba produk sd2 pun tak brapa nmpak kesannya sampai la sy cuba satu produk slimming softgel.. dalam tempoh sebulan Alhamdulillah sy dah lost 8 kg.. tu baru sebulan kan cuba kalau 2-3 bulan pengambilan? msti hasil nya ketara... yg paling penting pengambilan produk ni tak perlu sekat mkn cuma perlu makn ikut waktu dan minum sehingga 2liter air atau lebih dalam sehari...no side effect at all... ramai testimoni dari luar negara yg berat dorang lebih dari 100++ kg dah cuba produk ni n ada hasil..tak perlu rasa seksa nak kurus dgn produk ni... sbb 100% pure herbal and halal serta mendapat pgsahan GMP (Good Manufacturing Practice) ..saya dah cuba dan saje nak share bagi yg masih tak jumpa jalan penyelesaian... :)

Dewi Artikah Artikah said...
This comment has been removed by the author.
bubu said...

hi, mak sy dah mkn ubat ni sejak sebulan lepas, dia ckp mmng berkesan sbp dia kiranya dah turun 3kg and takde selera mkn, bila sy cari info tntang ubat ni, sy terkejut ianya memudaratkn, sy harus bgi tahu mak sy agar berenti mngambil ubat ni, tambahan pula dia ada tekanan darh tinggi..TQ keran share tentang ubat ni.

Unknown said...

Hi semua .. I pun makan ubat lami ni sejak tahun 2010 ... ya memang betul harga yg murah dan sangat berkesan .. dlm masa 3tahun I kejap makan kejap stop .. alahan I cuma sakit kepala , bahu , sakit belakang .. cepat marah tu ade jgk sebab ubat ni panas kan .... tapi tkde la halusinasi atau sesak nafas .. cepat penat ? Mungkin la sebab tak makan .. tapi dlm 1 hari tak mkn ape2 kecuali minum air masak dan mkn coklat hersley sebiji boleh bertahan 24jam and still boleh berjalan .. mean ubat ni sgt kuat la .. no wonder yg try mkn cepat turun berat .. sampai hari ini I masih makan lagi lami .. and sgt terkejut baru I dapat tahu info lami ni .... thanks sgt ...

Post a Comment