ZAR4U. Powered by Blogger.
RSS
There was an error in this gadget

LAMI....Kurus @ Membunuh?

     Hye, erm walaupun follower masih tak ramai, visitor pun entah ada ke tidak, tapi saya masih juga nak kongsi info-info...Dalam post kali ni saya nak kongsikan dengan anda suatu info tentang ubat kurus dari Indonesia iaitu dikenali dengan nama LAMI/LASMI...Mungkin korang pernah dengar kot dan pernah baca di mana-mana ruangan forum tentang produk ini. Yang paling mengejutkan produk ni ada R.A.C.U.N!!

Inilah gambar ubat Beracun!! yang dimaksudkan:



     Pernah keluar dalam akhbar tentang artis yang ketagih ubat kurus ni di harian METRO...Memang tak dinafikan walaupun kesannya BURUK dan perit serta merbahayakan, tapi hasilnya sangat memuaskan hati kerana pengambilan produk ini boleh menurunkan berat badan dengan PANTAS!!


     Ubat ini berasal dari Indonesia dan dikenali sebagi jamu. Bahan-bahan yang digunaka memang semuanya berasaskan jamu tetapi kenapa saya kata produk ini beracun?? Sebab dalam produk ini mengandungi sejenis kandungan yang dipanggil SIBUTRAMINE (Istilah racun berjadual) di mana pengguna hanya dibenarkan mengambilnya atas nasihat Doktor dan tujuan tertentu sahaja...Racun berjadual juga terdapat dalam ubatan seperti Duromine yang mengandungi

  • Phentermine
  • Adipex (Phentermine)
  • Reductil (Sibutramine)
  • Ionamin (Phentermine)

     Semua ubatan di atas diberikan kepada pesakit obes yang melampau atas nasihat Doktor..Kalau tak silap saya..maklumla ambil course Multimedia =)


     Kesan sampingan ubat ini memang boleh dirasai dipenggunaan pertama atau kedua. Semua yang mengambil ubat ini akan WAJIB mengalaminya. Di sini saya nyatakan kesan-kesan yang saya SENDIRI alami..Antaranya seperti

  • Degupan jantung bertambah pantas
  • Tekak berasa haus yang melampau
  • Berpeluh yang melampau
  • Pening serta mual-mual
  • Hilang selera makan
  • Kemurungan yang melampau
  • Mudah berasa marah 
  • Tiada tenaga
  • Mengalami halusinasi (risiko menjadi gila)

     Semua yang saya senaraikan di atas adalah kesan-kesan yang saya sendiri alami semata-mata untuk kurus. Memang tak dinafikan berat badan akan cepat susut selepas pengambilan selama seminggu. Saya mula mengambil ubat ini pada tahun 2009 iaitu selepas tamat SPM. Ketika itu berat badan mencecah sehingga 73KG dengan ketinggian 162CM sememangnya tidak seimbang. Setelah beberapa bulan mencuba ubat kurus tersebut berat saya turun sehingga menjadi 55KG!!!! dengan pengambilan yang tidak menentu.. Bila rasa berat turun stop, bila rasa naik semula makan balik.

     Sehingga sekarang saya tetap rasa nak ambil semula pil tersebut walaupun tahu akan keburukan yang bakal saya hadapi. Tetapi saya sedang cuba untuk tidak ketagih dengan ubat yang boleh membunuh diri saya sendiri. Sebab itulah saya sengaja menulis artikel tentang keburukan ubat ini untuk mengingatkan diri saya sendiri serta pengguna di luar sana akan keburukan produk ini. Saya yakin terdapat banyak blog-blog yang telah membincangkan hal yang sama.

     Kakak saya juga sama seperti saya. Dalam keluarga saya, kakak sayalah yang mula mengambil ubat ini. Setelah kagum melihat hasilnya saya juga turut mencubanya kerana hasilnya begitu cepat dan berkesan. Apa yang membimbangkan saya kami masih ingin mencubanya setiap kali berat bertambah kerana yakin dengan hasilnya serta MURAH... Walaubagaimana pun saya sedang usaha untuk menghentikanya tetapi kakak saya pula tetap dengan produk ini. Jadi kepada anda yang belum mencuba saya nasihatkan anda JANGAN sesekali mencubanya. Jika anda sedang mencubanya lebih baik hentikan kerana nyawa anda lebih mahal. Jangan kerana ingin ubat yang murah anda hilang nyawa anda yang tak ternilai harganya.

     Jika anda pernah mengambil produk ini, apa kata anda kongsikan bersama pengalaman anda. =)
Read more

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JERAWAT!!! "Saya Tak Pandai Jaga Muka?"

     Dalam post ni saya nak bincang pasal isu "Tak Pandai jaga muka". Mesti Korang pernah di cap sebagai seorang yang tak pandai jaga muka terutama sekali yang jenis kulit bermasalah seperti Jerawat yang serius. Jadi sekarang ni saya nak fokuskan tentang seseorang yang mempunyai masalah kulit seperti Jerawat Batu...sebab masalah ini paling serius. Serius lah sangat. =)



     Mesti korang yang ada masalah seperti ini pernah alami masalah macam ini, terutama bila korang mempunyai kawan yang kulit cantik, bersih, putih, dan lagi gebu gitew...Ha tambahan pula mulut kawan korang tu macam longkang. Opss!! Tu la mentang-mentang dapat kulit cantik dah rasa diri tu dah pandai jaga kulit. Padahal mereka cuma  "Bernasib Baik" sahaja sebab dilahirkan dengan kulit yang sempurna dan tak mengalami apa-apa masalah walaupun dah baligh.

     Mesti anda pernah dengar nasihat-nasihat murah mereka yang konon-konon macam pakar kulit tak diiktiraf gitew...Lepas tu mula la beri petua-petua yang entah apa-apa...padahal tak kena dengan batang hidung sendiri. Mereka tak rasa apa yang ditanggung oleh orang yang mempunyai masalah kulit ni. Sebab mereka bernasib baik tak mengalami masalah kulit. Jika seseorang itu memiliki masalah kulit yang berjerawat tak semestinya mereka tu tak pandai jaga muka. Padahal dah bermacam-macam cara yang mereka buat untuk sedaya upaya membantras masalah itu.

     Bagi saya, mereka yang memang dah memiliki kulit yang baik dan tak mempunyai apa-apa masalah muka, tak layak nak kata orang yang mempunyai masalah kulit ni tak pandai nak jaga kulit lah, pengotor la, tak pandai jaga penampilan la..itu la ini la. Sebab mereka tak tahu bertapa susahnya nak jaga muka yang berjerawat. Mereka cuma bernasib baik sahaja dapat kulit yang cantik. Bagi saya orang yang benar-benar layak beri nasihat adalah orang yang penah mengalami masalah kulit dan kemudian berjaya sembuh serta memiliki kulit yang sihat semula. Kerana mereka lah yang faham akan masalah tersebut serta pernah mengalaminya.

     So, bagi korang yang ada kawan atau kenalan seperti yang saya sebutkan, just pekakkan telinga anda.. Tak perlu  dengar nasihat-nasihat yang entah betul ke tidak..So jika anda pendapat anda sila berikan ye....Walaupun artikel ni dah lama update, just tinggalkan sahaja komen-komen anda. Saya pasti membalasnya...
Read more

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambung Rambut


      Untuk post kali ini saya nak share tentang sambung rambut. Pernah tak anda lihat terutamanya artis kita yang sekejap rambutnya pendek tapi bulan depan dah panjang semula. Zaman sekarang terdapat pelbagai teknik-teknik yang canggih direka untuk memberi kepuasan kepada pengguna terutama dalam dunia kecantikan. Ramai juga artis mahupun orang biasa sudah mula untuk mencuba teknik peyambungan rambut ini. Biasalah manusia cepat bosan. Bila sudah bosan dengan fashion rambut yang lama mulalah beralih ke fashion yang baru.

     Sebenarnya teknik penyambungan rambut ini bukan sahaja untuk kaum wanita malah ada juga segelintir kaum lelaki mula mencuba teknik ini. Kerana selain untuk kecantikan, proses peyambungan rambut ini juga boleh mengatasi pelbagai masalah rambut yang juga dihadapi oleh kaum lelaki antaranya masalah seperti rambut yang nipis dan botak di bahagian tertentu. Teknik ini mampu menambah rambut serta menutupi bahagian yang botak.

     Proses penyambungan rambut ini memakan masa selama 2 hingga empat jam dan proses ini mampu menebalkan rambut serta menambah volume rambut. Terdapat dua  jenis sambungan rambut iaitu rambut asli dan juga rambut sintetik. Tetapi terdapat perbezaan pada kedua-dua jenis rambut ini. Perbezaan jenis rambut yang digunakan adalah dari segi kualitinya. Rambut asli lebih natural, berkilau serta hidup berbanding rambut sintetik. Walaubagaimanapun rambut asli harganya lebih mahal berbanding rambut sintetik kerana rambut ini berkualiti serta mudah diuruskan.

      Sebelum proses penyambungan rambut dilakukan, kulit kepala serta rambut seseorang itu perlu di periksa dahulu kerana bagi mengelakkan dari masalah yang mungkin timbul. Jika anda memiliki masalah rambut gugur dan kelemumur, anda dinasihatkan supaya mengatasi masalah tersebut dahulu kerana proses penyambungan rambut hanya boleh dilakukan pada kulit kepala  yang sihat serta akar rambut yang kuat bagi tujuan ketahanan rambut yang bakal disambung.

      Namun terdapat pelbagai teknik dalam membuat proses penyambungan rambut antaranya:

  • Teknik gam di mana hujung rambut yang hendak disambung akan diletakan sedikit gam yang dileburkan menggunakan mesin khas. Selepas itu ia dicantumkan dengan helaian rambut di kepala. Cara ini lebih murah dan cepat tetapi kesannya rambut mudah tercabut
  • Teknik ring pula lebih terkenal kerana tidak merosakkan malah lebih tahan lama. Helaian rambut diambil sedikit menggunakan cangkuk khas dan ring akan dimasukkan ke dalam rambut pelanggan. Selepas itu rambut sambung akan dimasukkan ke dalam ring tersebut dan diketip
  • Teknik klip  rambut akan dijahit secara memanjang pada klip dan selepas itu klip akan dijahit di bahagian atas rambut sambung. Cara ini lebih ringkas dan pelanggan boleh memakai rambut sambung jika perlu


Cuba korang usha video bawah ni untuk tahu bagaimana proses tersebut dilakukan. Tapi video di bawah ini menggunakan teknik gam.



     
Read more

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muka Tembam?



     Hi semua...Untuk post kali ni saya nak share sikit info tentang masalah yang paling rumit jugalah bagi saya sebab saya juga mengalami masalah yang sama. Masalah yang saya maksudkan adalah masalah muka yang tembam, bulat, atau juga boleh dikatakan sembab. Sebenarnya jika anda mempunyai masalah berat badan, itu tidaklah menghairankan jika anda memiliki raut wajah yang bulat, tembam atau sebagainya. Tetapi agak tidak adil jika anda memiliki susuk tubuh yang agak normal tetapi anda memiliki raut wajah yang agak bulat atau tembam.

     Sebenarnya bagi mereka yang memiliki berat badan yang normal tetapi masih lagi memiliki wajah yang tembam, mereka sebenarnya mengalami suatu masalah iaitu kesembaban atau bengkak pada wajah dan bukanya tembam. Boleh dibezakan dari pemerhatian. Biasanya muka yang  tembam memiliki permukaan kulit yang agak rata dan tegang manakala muka yang sembab pula memiliki permukaan wajah yang tidak rata serta kelihatan agak membengkak. Jadi anda jangan keliru jika anda memiliki tubuh yang kecil tetapi muka anda tetap tembam kerana hal ini adalah disebabkan kesembaban yang berlaku.

     Bagaiman pula hal ini terjadi? "Face is an indicator of health" Sebarang tanda-tanda yang melibatkan kesihatan ada akan anda dapati dari raut wajah anda. Jika anda memiliki masalah seperti ini mungkin terdapat sesuatu masalah pada tahap kesihatan anda. Memandangkan saya juga memiliki masalah yang sama, jadi saya pun puas buat research tentang masalah ini. Dari forum hinggakan ke soal jawab dengan doktor secara online. Jadi di sini saya sharekan dengan anda semua antara penyebab berlakunya masalah ini:

  • Dehydration
  • Obesiti
  • Pengambilan makanan yang berlemak tinggi
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Kurang Vitamin C
  • Mengalami penyakit ginjal


         Semua yang disenaraikan adalah punca-punca yang boleh meyebabkan kesembaban pada wajah. Jika anda tidak obesiti, mungkin anda mengalami masalah lain seperti dehyration atau mengalami gangguan pada ginjal. Sebaiknya anda rujuk pada pakar untuk tindakan yang bijak. Mungkin ramai yang cuba untuk diet dengan menahan makan dan sebagainya tetapi hasilnya menghampakan kerana anda mungkin mengalami peyusutan badan tetapi bukan pada muka anda. Jadi solusi yang lebih baik cuba anda lakukan beberapa langkah yang saya sertakan ini yang mungkin membantu anda mendapatkan wajah yang diimpikan:

    • Kurangkan pengambilan garam dan alkohol kerana dua perkara ini akan membuatkan tubuh anda menahan air di dalam badan yang sepatutnya anda keluarkan. Selain itu, wajah juga merupakan kawasan yang cenderung mengalami "water retention" yang membuatkan wajah kelihatan bengkak. Malah pengambilan kedua-dua bahan ini boleh mengeringkan kulit serta mencegah pembakaran lemak.
    • Perbanyakan minum air. Kita seringkali dinasihatkan meminum 8 gelas air sehari. Kerana kekurangan air dalam badan akan membuatkan tubuh kita mengalami gangguan dan antaranya wajah menjadi bengkak. Sebaiknya air yang diminum adalah air kosong yang tak mempunyai perisa
    • Lakukan senaman wajah. Percaya atau tidak, senaman wajah banyak membantu dalam mendapatkan wajah yang langsing bahkan lebih tegang sehinggakan di negara barat telah menerbitkan program senaman muka secara online dan berbayar. Tetapi untuk jimatkan kos, anda boleh cari di youtube dan sebagainya.



    • Elakan dari STRESS!! kerana tekanan adalah salah satu dari puncanya dan bukan sahaja bengkak malah jerawat dan sebagainya juga mungkin terjadi. Jika anda tenang dan ceria, anda akan mewujudkan hormon endorphin di mana hormon ini adalah sangat berguna dan membuat wajah sentiasa muda.


           Diharap informasi ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mengatasi masalah anda. Memang puas juga nak cari jawapan untuk masalah ini sebab ramai sangat yang mengeluh di forum-forum tentang masalah ni.

         
      Read more

      • Digg
      • Del.icio.us
      • StumbleUpon
      • Reddit
      • RSS

      Suntikan Vitamin C






           Untuk post kali ini kita akan cerita sedikit tentang suntikan Vitamin C yang sangat popular terutama di kalangan Artis. Tapi sekarang orang biasa pun dah mula mengambil suntikan ini kerana terdapat suntikan yang ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki.

           Sebenarnya jika bercakap tentang kos rawatan, ianya bergantung kepada bahan tersebut. Harga yang ditawarkan biasanya disekitar RM50 hingga ratusan ringgit sekali suntik. Biasanya orang awam yang mengamalkan suntikan seperti ini akan menggambil rawatan pada harga sekitar RM50 kerana harga seperti ini adalah harga minimum yang biasanya boleh didapati. Ada juga yang mendapatkannya pada harga pekej yang biasanya dibeli pada pembekal luar melalui online dan sebagainya

            Apa itu Vitamin C?Vitamin C adalah bahan antioksidan semula jadi yang melawan tindakan radikal bebas bagi memperlahankan proses penuaan. Antioksidan ini juga penting untuk mengekalkan kesihatan, membantu pembentukan kolagen, ligamen, dan tendon. Bukan itu sahaja malah Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi serta  meningkatkan imun badan supaya terhindar dari sebarang penyakit. Di sini saya senaraikan kelebihan Vitamin C dari segi perubatan:

      • Meningkatkan tahap sistem imun
      • Mengurangkan gejala selsema
      • Mempercepatkan pemulihan luka
      • Menyihatkn gusi
      • Merawat asma dan elergi
      • Mengelakan dari cataract
      • Mengelakan dari sakit jantung dan beberapa jenis cancer
      • Membina collagen untuk kulit supaya lebih segar dan licin 
           
           Apa kelebihan suntikan Vitamin C dalam dunia kecantikan? Bagi sesetengah individu yang bosan atau hampa dengan pelbagai produk kecantikan yang hanya menjanjikan kesan sementara, mereka akan cuba beralih kepada suatu jalan yang cepat bagi mendapatkan kulit yang diimpikan. Memang tak dinafikan lagi dengan mengambil suntikan ini kita akan perolehi kesan yang sangat cepat berbanding hanya memakai produk biasa.

           Selamat atau tidak? Dalam hal ini, sebenarnya bergantung pada cara pengambilan rawatan itu sendiri. Bagi individu yang ingin mencuba rawatan suntikan ini memang tak salah tetapi adalah disarankan supaya mendapatkan nasihat dari Doktor pakar dalam hal ini supaya benar-benar yakin bahawa bahan yang bakal memasuki ke dalam tubuh itu selamat. Selain itu, pengambilan yang teratur juga sangat penting kerana ini akan mempengaruhi kesan terhadap kulit kita. Biasanya untuk kesan yang lebih ketara seseorang itu harus mengambil rawatan sebanyak 6 hingga 10 rawatan.

           Selain itu suntikan Vitamin C terdapat dalam beberapa jenis antaranya jenis water based dan Vitamin C with Collagen dan sebagainya. Suntikan ini juga diberikan melalui dua cara iaitu disuntik melalui salur darah di lengan atau yang kedua adalah pada otot seperti punggung. Tetapi pemilihan kawasan suntikan memainkan peranan terhadap kesan yang diperolehi sama ada cepat atau lambat. Biasanya suntikan melaui salur darah lebih cepat kesannya jika dibandingkan suntikan pada otot.

           Jadi jika anda yang ingin atau bakal melakukan rawatan ini, diharap informasi ini akan membantu anda dalam membuat tindakan yang bijak.

      Read more

      • Digg
      • Del.icio.us
      • StumbleUpon
      • Reddit
      • RSS